Kepada semua warga Sabah, yang menggelarkan dirinya anak kelahiran
Sabah, Negara Sabah... Sekarang, pemimpin kita sudah bersuara dan memanggil
kita untuk semua bersatu dalam memperjuangkan perjuangan yang sepatutnya
diperjuangkan oleh pemimpin kita sekian lamanya. Sekarang, sudah tiba untuk
kita memberikan sokongan penuh kepada beliau dalam memperjuangkan masa depan
Sabah melalui pemerintahan baru sacara menyeluruh yang mana sistem pentadbiran
akan dirombak sepenuhnya.
Melalui Kerajaan Baru yang akan dibentuk oleh Parti Pimpinan Datuk
Dr.Jeffrey G.Kitingan, beliau akan mengembalikan status Sabah sebagai sebuah
NEGARA yang telah bersama-sama dengan Negara Sarawak, Negara Singapura (telah
dikeluarkan daripada Persekutuan) dan Negara Persekutuan Tanah Melayu dalam
membentuk Negara Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun, Persekutuan ini
sebenarnya telah GAGAL berfungsi kerana perjanjian yang termaktub dalam
Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 telah GAGAL
dilaksanakan sepenuhnya! Selain itu itu, Kerajaan Malaya yang bertopengkan
Kerajaan Persekutuan telah menindas Negara Sabah dalam semua aspek seperti
aspek Sosial, Ekonomi dan Politik. Perkara 20 Perkara tidak dipatuhi,dihormati
malah dilanggar dengan sengaja.
Dibawah kerajaan baru ini juga, Negara Sabah akan bakal mempunyai
Perdana Menteri Sabah yang pertama dalam sejara Borneo Utara iaitu Dr.Jeffrey
G.Kitingan. Dibawah Pentadbiran Perdana Menteri Sabah, akan diwujudkan Kabinet
Menteri dan Gabenor Wilayah yang akan menjalankan Pentadbiran mengikut Negeri.
Kedudukan teratas iaitu Yang Di-Pertua Negara akan dikembalikan semula sebagai
Ketua Negara yang menjadi Simbol Kestabilan Politik Sabah. Selain itu, Kerajaan
Negara Sabah bakal mempunyai Parlimen Sabah (DUN) dan dibawahnya ialah Council
Wilayah. Kerajaan Baru Negara Sabah juga akan mempunyai Ketua Setiausaha Negara
dan dibawahnya ialah Setiausaha Wilayah.
Gambar diatas pula menunjukkan Pentadbiran Tempatan Sistem Kerajaan
Sabah yang mana yang teratas ialah Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negara.
Selepas itu, ia terbahagi kepada Pentadbiran Wilayah dan Pentadbiran Daerah,
Setiausaha Wilayah dan Urusetia Wilayah dan Ahli-ahli Konsul Wilayah.
Kerajaan Baru dibawah Pentadbiran Parti Reformasi Negeri (STAR) melalui
pimpinan Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan akan menaikkan status bahagian iaitu lima
bahagian yang dikenali sebagai Bahagian Kudat, Sandakan, Tawau, Pedalaman dan
Pantai Barat akan dinaikkan statusnya sebagai Negeri. Dalam erti kata lain,
Sabah bakal mempunyai 5 buah Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai Negeri
Marudu, Negeri Kinabatangan, Negeri Segama, Negeri Trusmadi dan Negeri Kinabalu
seperti gambar yang ditunjukkan diatas ini.
Labuan pula akan diambil semua oleh Kerajaan Negara Sabah kerana
penyerahan Labuan kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak melalui proses
undang-undang yang sah. Penyerahan Labuah juga tidak melalui referendum
antarabangsa. Rakyat Labuan tidak ditemu duga sama ada bersetuju untuk
dimasukkan dibawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur. Dan
penyerahan Labuan oleh Ketua Menteri pada masa itu iaitu Harris Salleh yang
memimpin Kerajaan Berjaya telah menyerahkannya kepada Persekutuan Kuala Lumpur
yang pada masa itu Mahathir merupakan Perdana Menteri "Malaysia".
Kesimpulannya, dibawah Kerajaan Baru Negara Sabah, Sabah bakal membentuk
7 Buah Kerajaan Dalaman kerana Wilayah Persekutuan Sabah juga akan diwujudkan.
Dengan terbentuknya 7 buah kerajaan dalaman ini, maka ini akan memberi SATU HARAPAN YANG PASTI BAHAWA MASA DEPAN SABAH TERJAMIN! Sistem Kabotaj akan dihapuskan kerana ia merugikan Kerajaan Sabah. Sabah
juga boleh berhubung dengan mana-mana Negara Luar untuk tujuan perdagangan dan
juga pengukuhan politik. Sabah juga bakal mempunyai satu Kementerian Hal Ehwal
Dalam Negeri (Ministry of Home Land Security) dan Polis Kerajaan Negara Sabah
bakal dibentuk untuk menjaga kestabilan dan keamanan. Dengan terbentuknya 7
buah Kerajaan Dalaman ini, maka Pentadbiran Sabah akan menjadi sangat cekap dan
lancar. Proses Pertumbuhan Ekonomi akan berlaku sangat pantas kerana Sabah akan
mengamalkan Perdagangan Bebas seperti Negara Singapura. Pecutan ekonomi ini
bakal memberi satu berkat yang melimpah-limpah tanpa henti kerana Minyak dan
Gas Asli Sabah akan diambil alih oleh Kerajaan Negara Sabah. Sabah akan membina
Pusat Penapisan Minyak Petroleum dan Gas Asli serta mampu untuk mengeskport ke
Negara Luar seperti Singapura, Filipina, China, South Korea, Japan, Indonesia,
Malaya dan seumpamanya.
Maka dengan itu, marilah kita memberikan mandat penuh kepada Kerajaan
Parti STAR untuk membentuk Kerajaan. Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi.
Kepada Generasi Muda, Generasi Y, anda yang sedang belajar dan juga yang
mempunyai kelayakan akan diserapkan masuk kedalam Kerajaan Baru. Dijangkakan bilangan
Generasi Muda yang menganggur sekarang pun tidak mampu untuk mengisi kekosongan
jawatan yang tersedia. Ini membawa maksud bahawa Generasi masa hadapan tidak
akan mempunyai masalah pekerjaan kerana pekerjaan itu menanti untuk diisi.
Bangsa Sabah yang berada di Luar Negara sekian lama diminta untuk kembali ke
Tanah Air untuk berkhidmat kepada Bangsa, Agama dan Negara untuk bersama-sama
membangunkan Bangsa Sabah yang terdiri lebih daripada 37 suku etnik. Marilah
kita Bersatu dalam merealisaikan Negara Impian yang selama ini kita inginkan.
Cukup Sudahla selama 50 Tahun kita Merdeka tetapi selama itu jugalah kita
dijajah dan diperbodohkan.
Bangunlah Bersatu dan ketepikan sengketa peribadi dan berjuang bersama
untuk menjayakan Misi Negara kita iaitu "SELAMATKAN
TANAH AIR KU SABAH!!!"
Ini adalah idea yang mengarut. Mimpi disiang hari bilamana hari ini kita lebih selesa menjadi rakyat Malaysia.. Mengapa masih ada yang berfikiran seperti ini?
ReplyDeleteApakah anda masih ingin Agenda Malaya menguasai Negara Sabah???
ReplyDeletetidak timbul agenda Malaya, ini hanya dakwah politik sempit perkauman... sampai bila harus dimomok dengan isu ini, selepas hampir 50 tahun meredeka, kita patutu hidup sebagai rakyat Malaysia yang harmoni..
ReplyDeleteSaya hairan mengapa anda sebagai rakyat dan bangsa Negara Sabah tidak menyedari akan perkara ini selama 50 tahun sudah...
ReplyDeleteSila copy and paste address ini untuk membaca sejarah sebenar dominasi Malaya terhadap Negara Sabah
Latar Belakang Penubuhan Malaysia: Part 1/2
http://despiritofsabahan.blogspot.com/2012/08/latar-belakang-penubuhan-malaysia-part-1.html
Latar Belakang Penubuhan Malaysia: Part 2/2
http://despiritofsabahan.blogspot.com/2013/03/latar-belakang-penubuhan-malaysia-part.html
Anda perlu buat kajian secara terperinci jikalau anda ikhlas untuk mencari jawapannya... Terima kasih.
>>>Datu<<< ini keturunan PILAK.
ReplyDeleteIt's a freedom of speech. Say whatever you want... Tq.
ReplyDeletesabah belong to sabahan
ReplyDeleteYes, it's for Sabahan only... Where else we want to go if it not in our own land? Right?
DeleteSepatutnya Sabah Maju seiring dengan negeri2 di semenajung Malaysia supaya tidak ada keluhan rasa tidak puas hati daripada org2 sabah. Kalau ada kuasa autonomi untuk mentadbir Sabah sudah cukup bagi rakyat Sabah. Ini bila masuk pejabat kerajaan di Sabah semua yg di atas berasal daripada semenanjung... Rakyat Sabah pun ramai yang berpendidikan tinggi sekarang lebih tinggi daripada mereka yang berada di seberang.
ReplyDeleteUndi sia utk star..!!
ReplyDelete