Tuesday 19 March 2013

GEMPAR!!! DR.JEFFREY KELUAR DARI PARTI STAR!!!




Kepada semua warga Sabah, yang menggelarkan dirinya anak kelahiran Sabah, Negara Sabah... Sekarang, pemimpin kita sudah bersuara dan memanggil kita untuk semua bersatu dalam memperjuangkan perjuangan yang sepatutnya diperjuangkan oleh pemimpin kita sekian lamanya. Sekarang, sudah tiba untuk kita memberikan sokongan penuh kepada beliau dalam memperjuangkan masa depan Sabah melalui pemerintahan baru sacara menyeluruh yang mana sistem pentadbiran akan dirombak sepenuhnya. 


Melalui Kerajaan Baru yang akan dibentuk oleh Parti Pimpinan Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan, beliau akan mengembalikan status Sabah sebagai sebuah NEGARA yang telah bersama-sama dengan Negara Sarawak, Negara Singapura (telah dikeluarkan daripada Persekutuan) dan Negara Persekutuan Tanah Melayu dalam membentuk Negara Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun, Persekutuan ini sebenarnya telah GAGAL berfungsi kerana perjanjian yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 telah GAGAL dilaksanakan sepenuhnya! Selain itu itu, Kerajaan Malaya yang bertopengkan Kerajaan Persekutuan telah menindas Negara Sabah dalam semua aspek seperti aspek Sosial, Ekonomi dan Politik. Perkara 20 Perkara tidak dipatuhi,dihormati malah dilanggar dengan sengaja.

Dibawah kerajaan baru ini juga, Negara Sabah akan bakal mempunyai Perdana Menteri Sabah yang pertama dalam sejara Borneo Utara iaitu Dr.Jeffrey G.Kitingan. Dibawah Pentadbiran Perdana Menteri Sabah, akan diwujudkan Kabinet Menteri dan Gabenor Wilayah yang akan menjalankan Pentadbiran mengikut Negeri. Kedudukan teratas iaitu Yang Di-Pertua Negara akan dikembalikan semula sebagai Ketua Negara yang menjadi Simbol Kestabilan Politik Sabah. Selain itu, Kerajaan Negara Sabah bakal mempunyai Parlimen Sabah (DUN) dan dibawahnya ialah Council Wilayah. Kerajaan Baru Negara Sabah juga akan mempunyai Ketua Setiausaha Negara dan dibawahnya ialah Setiausaha Wilayah.


Gambar diatas pula menunjukkan Pentadbiran Tempatan Sistem Kerajaan Sabah yang mana yang teratas ialah Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negara. Selepas itu, ia terbahagi kepada Pentadbiran Wilayah dan Pentadbiran Daerah, Setiausaha Wilayah dan Urusetia Wilayah dan Ahli-ahli Konsul Wilayah.



Kerajaan Baru dibawah Pentadbiran Parti Reformasi Negeri (STAR) melalui pimpinan Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan akan menaikkan status bahagian iaitu lima bahagian yang dikenali sebagai Bahagian Kudat, Sandakan, Tawau, Pedalaman dan Pantai Barat akan dinaikkan statusnya sebagai Negeri. Dalam erti kata lain, Sabah bakal mempunyai 5 buah Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai Negeri Marudu, Negeri Kinabatangan, Negeri Segama, Negeri Trusmadi dan Negeri Kinabalu seperti gambar yang ditunjukkan diatas ini.



Labuan pula akan diambil semua oleh Kerajaan Negara Sabah kerana penyerahan Labuan kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak melalui proses undang-undang yang sah. Penyerahan Labuah juga tidak melalui referendum antarabangsa. Rakyat Labuan tidak ditemu duga sama ada bersetuju untuk dimasukkan dibawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur. Dan penyerahan Labuan oleh Ketua Menteri pada masa itu iaitu Harris Salleh yang memimpin Kerajaan Berjaya telah menyerahkannya kepada Persekutuan Kuala Lumpur yang pada masa itu Mahathir merupakan Perdana Menteri "Malaysia".

Kesimpulannya, dibawah Kerajaan Baru Negara Sabah, Sabah bakal membentuk 7 Buah Kerajaan Dalaman kerana Wilayah Persekutuan Sabah juga akan diwujudkan. Dengan terbentuknya 7 buah kerajaan dalaman ini, maka ini akan memberi SATU HARAPAN YANG PASTI BAHAWA MASA DEPAN SABAH TERJAMIN! Sistem Kabotaj akan dihapuskan kerana ia merugikan Kerajaan Sabah. Sabah juga boleh berhubung dengan mana-mana Negara Luar untuk tujuan perdagangan dan juga pengukuhan politik. Sabah juga bakal mempunyai satu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (Ministry of Home Land Security) dan Polis Kerajaan Negara Sabah bakal dibentuk untuk menjaga kestabilan dan keamanan. Dengan terbentuknya 7 buah Kerajaan Dalaman ini, maka Pentadbiran Sabah akan menjadi sangat cekap dan lancar. Proses Pertumbuhan Ekonomi akan berlaku sangat pantas kerana Sabah akan mengamalkan Perdagangan Bebas seperti Negara Singapura. Pecutan ekonomi ini bakal memberi satu berkat yang melimpah-limpah tanpa henti kerana Minyak dan Gas Asli Sabah akan diambil alih oleh Kerajaan Negara Sabah. Sabah akan membina Pusat Penapisan Minyak Petroleum dan Gas Asli serta mampu untuk mengeskport ke Negara Luar seperti Singapura, Filipina, China, South Korea, Japan, Indonesia, Malaya dan seumpamanya.

Maka dengan itu, marilah kita memberikan mandat penuh kepada Kerajaan Parti STAR untuk membentuk Kerajaan. Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi. Kepada Generasi Muda, Generasi Y, anda yang sedang belajar dan juga yang mempunyai kelayakan akan diserapkan masuk kedalam Kerajaan Baru. Dijangkakan bilangan Generasi Muda yang menganggur sekarang pun tidak mampu untuk mengisi kekosongan jawatan yang tersedia. Ini membawa maksud bahawa Generasi masa hadapan tidak akan mempunyai masalah pekerjaan kerana pekerjaan itu menanti untuk diisi. Bangsa Sabah yang berada di Luar Negara sekian lama diminta untuk kembali ke Tanah Air untuk berkhidmat kepada Bangsa, Agama dan Negara untuk bersama-sama membangunkan Bangsa Sabah yang terdiri lebih daripada 37 suku etnik. Marilah kita Bersatu dalam merealisaikan Negara Impian yang selama ini kita inginkan. Cukup Sudahla selama 50 Tahun kita Merdeka tetapi selama itu jugalah kita dijajah dan diperbodohkan. 

Bangunlah Bersatu dan ketepikan sengketa peribadi dan berjuang bersama untuk menjayakan Misi Negara kita iaitu "SELAMATKAN TANAH AIR KU SABAH!!!"

10 comments:

  1. Ini adalah idea yang mengarut. Mimpi disiang hari bilamana hari ini kita lebih selesa menjadi rakyat Malaysia.. Mengapa masih ada yang berfikiran seperti ini?

    ReplyDelete
  2. Apakah anda masih ingin Agenda Malaya menguasai Negara Sabah???

    ReplyDelete
  3. tidak timbul agenda Malaya, ini hanya dakwah politik sempit perkauman... sampai bila harus dimomok dengan isu ini, selepas hampir 50 tahun meredeka, kita patutu hidup sebagai rakyat Malaysia yang harmoni..

    ReplyDelete
  4. Saya hairan mengapa anda sebagai rakyat dan bangsa Negara Sabah tidak menyedari akan perkara ini selama 50 tahun sudah...

    Sila copy and paste address ini untuk membaca sejarah sebenar dominasi Malaya terhadap Negara Sabah

    Latar Belakang Penubuhan Malaysia: Part 1/2
    http://despiritofsabahan.blogspot.com/2012/08/latar-belakang-penubuhan-malaysia-part-1.html

    Latar Belakang Penubuhan Malaysia: Part 2/2
    http://despiritofsabahan.blogspot.com/2013/03/latar-belakang-penubuhan-malaysia-part.html

    Anda perlu buat kajian secara terperinci jikalau anda ikhlas untuk mencari jawapannya... Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. >>>Datu<<< ini keturunan PILAK.

    ReplyDelete
  6. It's a freedom of speech. Say whatever you want... Tq.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Yes, it's for Sabahan only... Where else we want to go if it not in our own land? Right?

      Delete
  8. Sepatutnya Sabah Maju seiring dengan negeri2 di semenajung Malaysia supaya tidak ada keluhan rasa tidak puas hati daripada org2 sabah. Kalau ada kuasa autonomi untuk mentadbir Sabah sudah cukup bagi rakyat Sabah. Ini bila masuk pejabat kerajaan di Sabah semua yg di atas berasal daripada semenanjung... Rakyat Sabah pun ramai yang berpendidikan tinggi sekarang lebih tinggi daripada mereka yang berada di seberang.

    ReplyDelete

Printfriendly