Wednesday 12 September 2012

Satu Harapan Baru Generasi Muda North Borneo (Sabah) dibawah Kerajaan Baru

Salam sejahtera dan salam hormat kepada semua para pengunjung terutama sekali daripada generasi muda North Borneo-Borneo Utara (Sabah). Disini, ingin saya sampaikan mesej kepada anda bahawa masa depan anda semua akan PASTI TERJAMIN dibawah kerajaan baru yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan daripada kerajaan umno-bn di Negara kita ini, North Borneo (Sabah). Sebelum saya menerangkan lebih lanjut lagi, ingin saya jelaskan satu perkara yang sangat penting buat anda semua iaitu anda semua wajib mempunyai kesedaran "POLITIK". Mengapa? Dengan adanya kesedaran politiklah baru "Harapan" ini akan tercapai. Untuk tujuan ini, mari saya terangkan maksud politik dalam bentuk yang mudah difahami oleh anda sebagai generasi muda yang bakal menjadi pemimpin Negara North Borneo di masa hadapan.

  1. Politik adalah proses pembentukan dan pembahagian kekuasaan dalam masyarakan yang antara lain berwujud proses pembuatan keputusan, khususnya dalam negara.
  2. Politik adalah usaha yang ditempuh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama (teori klasik Aristoteles).
  3. Politik adalah hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan pemerintahan dan negara.
  4. Politik merupakan kegiatan yang diarahkan untuk mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan di masyarakat.
  5. Politik adalah segala sesuatu tentang proses perumusan dan pelaksanaan kebijakan publik (orang awam).
  6. Politik adalah proses pembentukan dan pembahagian kekuasaan dalam masyarakat yang antara lain berwujud proses pembuatan keputusan, khususnya dalam negara.
Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan secara konstitusional dan nonkonstitusional. Merujuk pada semua langkah politik yang sesuai dengan aturan hukum yang berlaku di suatu negara. Kerana undang-undang dasar adalah hukum tertinggi dalam suatu negara maka suatu tindakan konstitutional adalah semua langkah yang sesuai hukum.

Politik adalah usaha yang ditempuh oleh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama (teori klasik aristoteles). Penyertaan kita sebagai rakyat adalah untuk memperhati dasar pemerintahan dengan berbagai kebijakan yang dikeluarkan pemerintah tentunya dengan menjadi warga yang baik terlebih dahulu dengan menjalankan kewajiban dan hak untuk memilih wakil rakyat yang mereka percaya untuk kebaikan bersama.

Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih lagi, sila klik link ini -> http://revolsirait.com/pengertian-politik/ agar anda mendapat gambaran yang jelas akan maksud Politik. Dengan kesedaran politik, semoga generasi muda-mudi North Borneo akan bangkit untuk memperkukuhkan kuasa Politik Negara ini untuk kepentingan generasi masa hadapan.

2 comments:

  1. Dimana kunun kerusi yang boleh dimenangi oleh STAR, Tambunan, Bongkor or Sook.. kalau setakat 3 kerusi macam mana nak menubuhkan kerajaan?

    ReplyDelete
  2. Please come to Borneo Tea Party (BTP) in order to get the answer. Tq.

    ReplyDelete

Printfriendly