Salam hormat, salam perpaduan dan salam Merdeka North Borneo (Sabah) yang ke-49 tahun. Disini, ingin saya serukan kepada anda semua yang cintakan negara ini (North Borneo-Sabah), yang mahu memperkasakan negara ini, kerajaan ini demi kepentingan bersama untuk bersama-sama memberi mandat dan kuasa kepada PARTI STAR dibawah pimpinan seorang "Pejuang Hak-Hak Negara North Borneo (Sabah)" iaitu Dr.Jeffrey G. Kitingan.
Dr.Jeffrey G. Kitangan |
Dibawah kepimpinan beliau, masa depan negara kita akan lebih dan sangat terjamin kerana mereka telah menyediakan dasar yang mantap untuk mentadbir kerajaan Negara kita. Dibawah pimpinan mereka, Hak-hak dan kepentingan Negara kita akan PASTI TERJAGA DAN TERJAMIN. Dibawah pemerintahan mereka, akan hilang isu-isu pendatang tanpa izin (pti). Dibawah pimpinan mereka juga, akan wujud 7 buah kerajaan dalaman (7 Internal Government) yang mana dengan wujudnya kerajaan dalaman ini akan membuka peluang pekerjaan kepada semua generasi muda North Borneo (Sabah).
North Borneo (Sabah) terbahagi kepada lima bahagian iaitu Bahagian Kudat, Sandakan, Tawau, Pedalaman dan Pantai Barat. Labuan akan diambil semua oleh kerajaan North Borneo (Sabah) dan satu Wilayah Persekutuan akan diwujudkan yang mana jumlah keseluruhan kerajaan yang bakal diwujudkan ialah 7.
Dengan wujudnya 7 buah kerajaan dalaman ini, pecutan ekonomi akan menjadi pantas dan ini seterusnya memberi implikasi yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat akan membolehkan Kerajaan Baru Ini untuk membangunkan Negara ini dengan lebih lancar. Selain itu, 7 buah kerajaan yang bakal diwujudkan ini akan melancarkan lagi proses pentadbiran Negara Sabah yang mana ini akan meningkatkan kecekapan dan menjadikan North Borneo antara Negara di Asia Tenggara dan Dunia yang Terbaik!
Wujudnya Pentadbiran yang terbaik ini akan menunjukkan bahawa perhubungan antara Kerajaan Dalaman ini berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, sistem Pendidikan akan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan Baru ini akan membolehkan generasi-generasi sekarang dan masa hadapan menikmati pendidikan yang berkelas antarabangsa yang mana melalui Kerajaan Baru ini, ia akan menekankan kepada ilmu Sejarah yang tepat agar generasi-generasi muda dan masa hadapan tidak akan lagi ditipu oleh sejarah yang diputar belitkan yang mengikut citarasa kerajaan malaya. Kerajaan Baru ini juga akan membuka lebih banyak Universiti antarabangsa untuk membolehkan generasi melanjutkan pelajarannya hingga ke tahap yang tertinggi.
Sistem perhubungan iaitu Jalan raya akan dinaik tarafkan kepada lebuh raya yang sebenar, jalan kampung yang berturap, jalan air yang baik dengan penggunaan kapal air yang selamat. Selain itu, Kerajaan Baru ini juga akan membuka program siaran sendiri yang dikendalikan oleh Bangsa North Borneo yang tulen agar penyampaian maklumat itu tepat lagi jitu dan tidak akan menyeleweng seperti mana yang berlaku sekarang. Dengan wujudnya Kerajaan Baru ini juga, ia akan mempastikan bahawa jumlah rakyat Negara North Borneo akan mendapatkan rawatan kesihatan semaksima agar tiada lagi istilah "rakyat tidak mendapat rawatan kesihatan". Hospital dan klinik akan dibuka secara berperingkat yang mana setiap dearah akan memiliki kelengkapan untuk merawat pesakit (rakyat).
Dibawah Kerajaan Baru juga tidak akan wujud istilah "Rampasan Tanah" kerana Kerajaan Baru ini telah menyediakan pelan induk untuk menyelesaikan kemulut masalah ini. Dalam erti kata lain, tanah adat Rakyat North Borneo akan terjamin!
Dalam Kerajaan Baru ini, secara umumnya akan memperjuangkan Ketuanan Hak Bangsa North Borneo sebagai sebuah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Ingat, jangan anda diperdayakan oleh pemberian tangki 1 Malaysia, duit BRIM kerana itu adalah satu bentuk rasuah yang bertopengkan kebajikan. Walau bagaimanapun, anda boleh menerimanya tetapi ketika membuang undi, pastikan undi anda kepada Parti STAR!
Semua ini telah dinyatakan dalam AGENDA BORNEO.
0 comments:
Post a Comment